Kem Musim Cuti

 
 
 
 
 
 
 





KEM TAHFIZ ANAK SOLEH

Kem Musim Cuti yang dianjurkan oleh MTT setiap tahun ini dikenali sebagai Kem tahfiz Anak Soleh. Kem ini bertujuan mendedahkan kehidupan seorang pelajar Tahfiz kepada peserta. Pengalaman menghadiri kelas hafazan dan mempelajari teknik menghafaz Al Quran bersama-sama guru Hafazan MTT merupakan satu aset kepada mereka dalam mengisi musim cuti sekolah. Keistimewaan kem ini ialah kerana mengandungi beberapa modul menarik seperti  Modul Motivasi , Sentuhan Qalbu, Ke Alam Baligh dan Kembara Desa.


........................Pakej Jejak Tokoh Islam......................
25 November hingga 3 Disember
Terhad kepada 200 orang peserta


-Kelas Intensif Hafazan  
-Bersama dengan Finalist Akhir Imam Muda Astro, Ustaz Fakhrurrazi Hussin.
-Peserta akan bersama Motivator Ustaz Rizal dalam slot sentuhan Qalbu
-Slot Jejak Tokoh Islam - Memaparkan kisah 3 tokoh terkenal  yang telah melakar sejarah dalam kehidupan mereka iaitu Salahuddin Al Ayubi, Sultan Muhamad Al Fatih dan Laksamana Cheng Ho
-Ke Alam Baligh - Mengandungi beberapa slot berkenaan persiapan peralihan alam kanak-kanak kepada alam remaja - Siri 1
-Semua peserta akan menerima sijil penyertaan di akhir kem


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^



                                                                                              


...............Pakej Kisah Dari Al Quran...............
9 Dis hingga 17 Dis 2011
Terhad kepada 200 peserta sahaja

-Kelas Intensif Hafazan
Peserta akan bersama Motivator terkenal Ustaz Mizan Mohd Nor dalam slot Sentuhan Qalbu
-Slot Kisah Dari Al Quran - Memaparkan kisah yang diceritakan oleh Al Quran tentang keperitan Rasul - Rasul terdahulu dalam menyampaikan dakwah kepada kaum mereka. Kesan peninggalan sejarah mereka masih lagi terdapat sehingga kini. 
- Ke Alam Baligh - Mengandungi beberapa slot berkenaan persiapan peralihan alam kanak-kanak kepada alam remaja - siri 2
-Kembara Desa
-Semua peserta akan diberikan sijil penyertaan di akhir kem









^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^




GALERI KEM TAHFIZ ANAK SOLEH 2009 / 2010





KEM MUSIM CUTI SEKOLAH 2011

KEM MUSIM CUTI SEKOLAH 2011